Saturday, May 27, 2017

Tempat Menarik di Klang Yo..! # Day 1 (Eat Travel Write 5.0)


Tidak sampai sebulan saya di Tanah Semenanjung Malaysia saya berpeluang melawat tempat-tempat yang menarik di Klang, Selangor. Tempat yang bakal saya ceritakan adalah merupakan salah satu kawasan yang bersejarah  And yeahh,, every place have its own history right,,?

Rakan Blogger dan travel dari Indonesia.. 
Izinkan saya bercerita awal perjalanan saya sebelum tiba di Klang, Selangor.. May i.? 

Seawal pukul 7.00 pagi kami berkumpul di KL Sentral  kemudian dengan menggunakan pengangkutan awam kami menaiki KTM Komuter  terus ke Stesen Klang. Perjalanan mengunakan KTM Komuter mengambil masa lebih kurang 1 jam dengan 13 perhentian. ( tapi korang jangan turun stesen lain pulak.. nangis tak berlagu nanti. Sob. Sob.) Owh yaa,, Lupa Mention 
Harga Token dari KL sentral ke Klang Cuma
RM 5.20 sen sahaja. =)


Selamat Datang ke Klang..!!
Kata abang manis ni depan Stesen KTM Komuter Klang.. 
Setibanya kami di Stesen Klang tanpa membuang masa kami meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki menuju ke Galeri Sultan Abdul Aziz.  Sejujurnya saya sendiri tak tahu betapa dekatnya berjalan kaki ke Galeri. hmmm.... tak jauh mana pon 220m je.. ambil masa 3 ke 5 min juga.. kalau tak singgah mana-mana kedai or You know.. Selfie or wefiee..  dan yaa. kalau korang datang sini korang pasti perasan bangunan bangunan dekat sini unik dan colourful.  


Selamat Datang Ke Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
Saja nak korang lihat sendiri Waktu Lawatan di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz ni.

Jelas tak  angka 1909  atas depan bangunan galeri tu..?? 
Izinkan patik bahaskan ye...  Bangunan ini sudah mencecah usia 108 tahun dan juga merupakan salah satu bangunan warisan negara kebangsaan.. waahh!! Angka 1909 tu adalah tahun terbinanya bangunan ini, nampak tak betapa klasiknya architecture bangunan ini dan sudah tentu usaha membaik pulih dan mengekalkan berdiri tegaknya bangunan ini sentiasa dilakukan. 

Bangunan ini juga dahulunya sering bertukar tangan antaranya dijadikan Pejabat  Pentadbiran Kerajaan British, Markas Tentera Jepun, Pejabat Daerah Klang, Ibu Pejabat Kontijen Selangor  dan kemudiannya Majlis Perbandaran Klang (MPK).  Usaha menjadikan Galeri ini sebagai tumpuan pelancong dan terutamanya sebagai tatapan rakyat agar memperingati sejarah silam, jasa-jasa pemerintah Sultan Selangor dan mengenal susur galur kesultanan melayu. 

Galeri Sultan Abdul Aziz yang dulunya bukanlah bertempat dimana ia berada sekarang tetapi di Jalan Kota Raja, Syahbandaraya (kampung Jawa) di Klang dikenali sebagai 'Muzium Kenangan'. 

Bersesuaian dengan usia dan sejarah bangunan itu sendiri DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menjadikan bangunan ini sebagai lokasi baru untuk Galeri Diraja. 


Ok Panjang berjela kalau saya bagi tahu dengan terperinci, jadi yang tadi tu cuma serba sedikit,, ada banyak perkara yang korang perlu tahu lagi mungkin ada yang korang berminat nak tahu tapi kami terlepas pandang.. kan.. kan..

lihatlah apa yang ada didalam Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz ni. 


Kenal kan Alex Tour guide team  kami. 
 Seperti yang saya katakan tadi, korang boleh dapat banyak ilmu dengan datang sendiri ke Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz ni. Baca dan hadam baik baik. Take your time.


Koleksi Pedang  Sultan Abdul Aziz.

Darjah Kebesaran Sultan Selangor.
Mahkota Diraja Sultan Selangor yang diguna pakai sehingga kini.

Peti muzik besar Hargine.
Katanya, Peti muzik ini sering digunakan untuk menghiburkan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ketika kecil dahulu. Kalau zaman kita sekarang ni di panggil lullaby song laa katakan.

Basikal antik

ermm sebab saya pengemar basikal.. untuk tatapan korang la.
Sebenarnya ada banyak pameran yang ada dalam galeri ni yang boleh buat pengunjung "oohhhhh,, woww,, uuuuuuu.." lebih kurang macam tu laaa.. dalam erti kata lain teruja bagi mereka yang minat sejarah dan barang antik. Selain tu juga sudut multimedia juga disediakan untuk tatapan pengunjung. 

Kerana berkongsi Negara yang 1 Negaraku Malaysia. Sudah tersuntik sedikit semangat patriotik dalam diri walaupun saya bukan lah anak kelahiran di Tanah Selangor. ( Buat muka serius sambil taip.)

Ok sekarang   Say Hello 
Namaste..To Little India District In Klang...!!

Bab jalan-jalan dan cuci mata ni saya suka..  

Little India.

Pesanan sila gunakan SUNBLOCK, topi dan kasut, kalau pakai kasut bertumit Inchi tu.. Memang kaki besi la..tabik.!  Jangan Kata Akak Tak Payung.. ( muka Serius lagi, )


Bangunan Chartered Bank yang dulu,
 kini dah dijadikan Chennai Silk Sarees.


Macha kita tengah menyulam sari. 

Masih di bangunan yang sama Chennai Silk Sarees korang boleh nampak dengan mata sendiri cara cara Sari ini di sulam menjadi sari yang cantik, Pengemar Bollywood macam saya, orang kata mirip Deepika Pandukone,. tapi senyuman akak mirip pretty zinta.. oh my god,, saya melalut sudah.  Korang boleh lah datang berkunjung ada banyak gedung gedung kain yang korang boleh jumpa di Klang ni. Tapi kena pandai trick  menawar la..  


Jom Ke Royal Klang Club.!


Kelab Diraja Klang
Sudut Bar untuk Pengunjung Dari Luar negara

Simpanan gambar lama Royal Klang Club

Fireman In the House..!

Nampak tak usaha saya memadamkan api kebakaran tu..??

Untuk pengetahuan semua, Balai Bomba ini merupakan balai bomba yang tertua di Bandar Klang yang dibina sejak tahun 1980 an lagi. 

Basikal Bomba.
Nama juga balai bomba tertua, jadi korang bole jumpa peralatan peralatan yang diguna pakai sejak awal 80an lagi. Antik. 

Peti Besi Misteri
Dikatakan misteri kerana peti besi antik ini tidak dapat dibuka walau sudah pelbagai cara digunakan. Nak tahu apa yang misteri di dalam tu.?? errrr saya pun tak tahu.. Sebab tiada siapa yang tahu.

Rumah Ibadah Muslim, India dan Kristian.
Masjid India Muslim Tengku Kelana

Masjid  tertua ini dibina oleh masyarakat india muslim yang berhijrah ke Tanah Melayu pada awal tahun 1904 oleh masyarakat india muslim dan diketuai oleh seorang saudagar india muslim yang amat dikenali  oleh masyarakat tempatan di situ beliau yang dimaksudkan ialah R.E Mohammad Kassim.
Kuil Sri Nagara Thendayuthapani.


Gereja Katolik Lady Of Lauders.

Cukup Penat berjalan kehulu ke hilir, kesana kemari, Disitu Disini,, Kak tini penat Nak balik Hotel.. Hotel mana..  nanti saya cerita serba sedikit di entry day 2 saya iaitu 


P/S ; Maafla ye.. kualiti gambar tak berapa OK. Cukup edit bagi korang nampak jelas. 

 Assalamualaikum and Salam Sayang dari Tynie Nih.
















Saturday, May 13, 2017

Siapa Yang Hipokrit..?

Ntah tetiba tergerak hati nak buat entry tentang Hipokrit..??
Pesal ehh..?? well.. Mungkin juga ada cerita di sebaliknya.. Mungkin saya, mungkin dia, mungkin kamu.. Mungkin juga ada antara  mereka  yang terdetik di hati HIPOKRIT  kah aku.?? Perkataan yang simple namun terasa sukar untuk dihurai ataukah binggung..? Tak tahu.? Keliru.? Yang mana satu? 

Saya ada sorang kawan tetiba mesej  mengadu pada saya.
Kawan : Tini Hipokrit kah aku..?? 
Tini :Haha! kenapa dengan kau ni..?? tetiba.. Kilik ka apa..??  Btw Siapa yang cakap macam tu..??  (kilik = buang tabit) 

And dia pun cerita laa semua kisah dia ( sorry tak boleh story Private and confidential  ) 
well bestfriend will keep the secret right..? 



Bagi Sahabat ku yang terdetik Hati Untuk berubah.. teruskan Niat Kamu Lillahi Taala. 

Sudah Syaitan berjanji dan bersumpah untuk menyesat kan Umat Manusia di muka bumi ini dan itulah kerja mereka setiap saat tidak henti mencari teman terseksa bersama di Neraka Jahanam. Halus dan cilik menjentik ke hati manusia menjadi titik hitam  dari perkara yang kecil menjadi perkara yang besar. 


Tidak pelik dan tidak mustahil kalau syaitan mencari manusia dan menjadi kan mereka alat dan bahan untuk kerja kerja yang mereka lakukan iaitu terang lagi bersuluh menyesatkan Manusia. Tapi yang Pelik mengapa Manusia mahu menjadi teman(BFF) kepada syaitan..  Kenapa Saya berkata demikian..?? Juga ada Cerita di sebaliknya. 

Kawan: Tini ada sorang tu cakap.. Tidak guna saya blah... blah.. Kalau saya Blah.. blah....
(blah..blah... Story dia laa.. =Secret) 

Gerigitan masih nak tahu juga.. Ok. Tak mengapa saya bagi contoh.
Contohnya : 
1.Tak guna Kau bertudung Tapi perangai kau, Masih jugaa macam dulu..
2. Ala Buka saja Purdah kau tu.. Kau tu bukannya baik sangat macam aku tak tahu apa kau buat.

POP...!! 
Question.. 
Boleh kah kata macam tu..?? 
Siapa yang layak berkata begitu..?? I need Answer..?? 

Rasanya Siapa kita untuk menghalang dia untuk buat kebaikan..??  dia suka or tidak suka buat kebaikan tu hanya Allah  kemudian apa yang hati dia katakan yang tahu. Atau yang berkata tu ada kuasa ajaib kot boleh baca apa yang tertulis dalam hati seorang Insan.? Ntah Lah.. 
Mungkin dia sahabat syaitan yang terpilih kerana hanyut dengan bisikan.. Innalillah wainnalillahi rajiun. 

Label seseorang itu Hipokrit kemudian caci, maki dan hina dia.. ?Menjijik dia.. Lalu Mengaibkan dia..??  Mengapa..? Ntah La.. 
Maksum Kah dia.??  Mungkin dia jarang sekali muhasabahkan diri sendiri..
Lain tempat Lain caranya...  Maafkan saya. 

Apa yang di pelajari, Apa ilmu yang disimpan didada..?? Inikah yang terdidik..??  Masih keras hati untuk mengaku.. Untuk apa sebenarnya.?? 



Thursday, May 4, 2017

“KEINDAHAN PULAU DAN KEAJAIBAN LAUT BIRU”MENANTI ANDA!

  Kakak-akak,,, Abang-abang, Adik adik,, Ibu ibu.. Bapa.. bapa... dan Semuanyaa... ayuh dengar ni...
Tini nak bagitahu....Bagi sesiapa yang teringin nak habiskan masa cuti, makan angin, hilangkan stress, jauh dari kesesakan bandaraya dan Highlight bagi mereka yang  plan nak ke Pulau.. Tini nak khabarkan Pakej Pulau Perhentian iaitu Pakej 3 hari 2 malam Pulau Perhentian adalah Promosi Pakej Pulau Perhentian.
Percutian serta pengembaraan yang pasti korang tidak dapat lupakan di sebuah pulau peranginan terkemuka di Terengganu, Malaysia sepanjang musim ini.


uwww... Cantik tak ciptaan Tuhan..? Kejap...Tini belum habis lagi.. teruskan membaca.. O.k O.k..
Untuk pengetahuan semuanya.. 
                Ini adalah tawaran bercuti untuk orang ramai terutamanya kepada pelancong dari dalam negara kini terbuka kepada setiap individu, keluarga mahupun badan korporat di Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia dan dibawakan khas oleh pakar pengendali percutian di Pulau Perhentian iaitu Perhentiankravers Travel & Tours Sdn. Bhd. Destinasi percutian yang ditawarkan akan meliputi Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar.



           Pakej percutian yang ditawarkan oleh Perhentiankravers akan pastinya menjadi sebuah kenangan manis yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh para pengunjung setelah berseronok menikmati keindahan alam serta ketenangan laut Cina Selatan yang terbentang luas dan aman serta di penuhi dengan pelbagai hidupan laut yang berwarna-warni serta pemandangan yang memukau di sepanjang percutian mereka.

              Perhentiankravers juga telah berusaha dengan jayanya dalam mengatur tentatif program yang menarik serta bersesuaian kepada para pengunjung yang hadir. Ini bagi memastikan percutian para pengunjung tidak disia-siakan dan dimanfaatkan dengan sebaiknya bermula dari langkah pertama pengunjung memijakkan kaki mereka di pantai berpasir putih dan lembut di Pulau Perhentian.

            Bagi keselesaan dan ketenangan para pengunjung dalam merancang percutian mereka, Perhentiankravers telah menyediakan beberapa jenis pakej yang mana para pengunjung boleh membuat pilihan mengikut kepada cita rasa, kesesuaian dan “budget”masing-masing kerana pada Perhentiankravers, semua orang mampu untuk merasai percutian idaman mereka. Disamping itu juga, Perhentiankravers juga boleh mengaturkan sebarang percutian atau program yang perlu di “taylor-made” megikut kepada kehendak dan kesesuaian pengunjung.


            Bersama Perhentiankravers, para pengunjung akan di layani dengan baik dari proses tempahan sehingga lah pengunjung tiba di Jeti Kuala Besut untuk menaiki bot untuk memulakan perjalanan ke Pulau Perhentian.



Bot Laju Perhentiankravers”

Begini Lah Korang Nanti siap ambik wefie.. Snap! Snap!


              Untuk makluman umum, bahawasanya bot laju Perhentiankravers adalah satu-satunya bot di Pulau Perhentian yang di cat dan dihias sebegini. Sudah pasti para pengunjung berasa begitu teruja sebaik sahaja melihat bot jerung ini datang menghampiri Jeti Kuala Besut untuk mengambil korang dan membawa para pengunjung ke Pulau Perhentian. Dengan kekuatan enjin 250 kuasa kuda, para pengunjung akan meluncur laju membelah lautan dan akan tiba di Pulau Perhentian dalam tempoh masa 20 – 30 minit sahaja.


          Setibanya para pengunjung tiba di Pulau Perhentian, pengunjung akan dibantu oleh “crew” Perhentiankravers bagi proses check-in dan penyimpanan barang sementara menunggu waktu check-in di resort mahupun chalet mengikut kepada jenis pakej yang diambil.

Smile Yo..!!

                   Khusus kepada para pengunjung yang dari lapisan anak muda dan belia, pada hari pertama Perhentiankravers telah mengisi tentatif program dengan menuju ke salah sebuah destinasi popular di Pulau Perhentian iaitu mendaki ke kincir angin. 
          
                     Pendakian ini akan mengambil masa sekitar 40 minit untuk ke puncak dan 40 minit untuk menuruni bukit. Perhentiankravers juga menyediakan khidmat “guide” iaitu sebagai penunjuk arah dan juga bagi membantu sebarang kesulitan atau masalah sekiranya berlaku. 

               Perhentiankravers begitu menitik beratkan keselamatan para pengunjung sewaktu melakukan sebarang aktiviti yang mana bagi pendakian ini Perhentiankravers menyediakan set “first aid kit” yang lengkap beserta dengan “walkie-talkie” bagi memudahkan komunikasi antara pengunjung dengan “guide” sekiranya berlaku sebarang kesulitan yang tidak diingini. 

                        Aktiviti ini menggunakan sedikit kekuatan fizikal dan mental namun, sebaik sahaja para pengunjung tiba di puncak, segala penat dan lelah pasti akan hilang begitu sahaja dek kerana pemandangan yang begitu indah serta kenikmatan dibuai angin bayu pada ketinggian 150 meter dari paras laut. 

Berikut adalah beberapa pemandangan dari lokasi kincir angin.



Indah tak...??? Tu baru sikit.. Ada Lagi Tini nak tunjuk dan bagitahu...

                      Selepas dari mengikuti pendakian ke kincir angin yang berakhir sekitar jam 4.00 petang, para pengunjung bebas untuk melakukan sebarang aktiviti lain seperti mandi pantai, berkayak dan lain-lain lagi.

1.. 2... 3... Terjun..!!


                         Hari kedua berada di Pulau Perhentian adalah hari yang sangat dinanti-nantikan oleh kebanyakan para pengunjung yang datang bercuti bersama Perhentiankravers. Ini kerana hari kedua adalah hari para pengunjung akan di bawa untuk bersnorkeling di 5 tempat snorkelling di sekitar Pulau Perhentian Kecil dan Besar. 

                        Ya, sudah pasti nya para pengunjung berasa sangat teruja untuk bersnorkeling di salah satu lautan terbuka yang penuh misteri dengan keindahan alam yang mungkin tidak pernah mereka lihat atau saksikan sebelum ini. 

                           Aktiviti snorkelling ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga ke pukul 5.00 petang yang mana Perhentiankravers juga telah menyediakan hidangan makan tengahari buat para pelanggan ketika berehat sebentar di Kampung Nelayan.

                         Di dalam keterujaan untuk bermandi-manda di laut, Perhentiankravers begitu menitik beratkan soal keselamatan para pengunjung. Para pengunjung akan disediakan dan diberikan dengan kelengkapan snorkelling yang selengkapnya supaya keselamatan pengunjung terjamin disamping dapat menikmati keseronokan snorkelling pada tahap yang semaksima mungkin.
Kelengkapan Snorkeling untuk Pengunjung Disediakan.
Well Safety First..!!
                         Disamping itu, Perhentiankravers juga menyediakan perkhidmatan “snorkelling guide” profesional yang akan memantau serta melayani para pengunjung sepanjang trip. “Snorkelling guide” yang bertugas juga merupakan “underwater photographer” yang mana mereka akan merakam kenangan-kenagan para pengunjung ketika snorkelling di Pulau Perhentian.

Antara tempat snorkelling yang bakal dikunjungi oleh para pengunjung adalah seperti berikut :
  1.         Turtle Beach atau Tiga Ruang
  2.         Turtle Point
  3.          Shark Point
  4.          Kg Nelayan (rehat/solat/makan tengahari)
  5.          Lighthous
  6.       Romantic Beach
1.“Fish feeding” di Turtle Beach



    2. Berenang secara dekat bersama penyu di “Turtle Point”
    ( Comel kan Turtle..aaumm..!!)

3. Aksi mendebarkan antara “snorkelling guide” berhadapan dengan jerung di Shark Point.
( Ada Brani tak..??)


4. Kampung Nelayan di mana para pengunjung di bawa untuk berehat dan makan tengahari.


5. Lompatan dari ketinggian 10 meter di Lighthouse bagi pengunjung yang inginkan sesuatu yang ekstrim. Di sini juga merupakan salah satu tempat yang mempunyai “coral” yang tercantik di Pulau Perhentian.


6.Tempat snorkelling yang terakhir iaitu Romantic Beach di mana para pengunjung dapat berehat sambil bermandi-manda pada air di paras pinggang dengan keadaan laut yang tenang.


Di Romantic Beach ini juga terkenal dengan rumah kepada “Nemo” dan juga “Baby Stingray”.
Say Hello to Nemo..!




Tak Rugi.. Air laut yang Jernih...

                  Dah selesai dan puas dari aktiviti snorkelling, keseronokan serta pengalaman indah para pengunjung tidak terhenti di situ sahaja tau., malah para pengunjung juga boleh mengambil kesempatan untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang sungguh mendamaikan berlatar belakangkan langit dan lautan seluas saujana membiru kekuningan emas.

Pemandangan matahari terbenam di pantai Coral Bay.

(  Suka tak keindahan  pemandangan Matahari terbenam..? )

O.k... Kita tak habis Lagi.. 
   
                          Mengikut kepada pakej yang diambil oleh para pengunjung, Perhentiankravers juga ada menyediakan hidangan Barbeque sebagai juadah istimewa makan malam di Pulau Perhentian. Nyummmyy..!! 

Barbeque yang dihidangkan terdiri dari pelabagai menu hidangan laut segar.
Belum habis disitu, terdapat aktiviti Perhentian Kravers sediakan.
                   
                         Setelah selesai makan malam, bagi para pengunjung yang masih merasakan masih awal untuk pulang tidur berehat dan inginkan suasana malam yang lebih meriah boleh lah berjalan ke Longbeach dimana terdapat pelbagai hiburan musik dan persembahan api yang di adakan di sana. Hal ini kerana Longbeach begitu terkenal sebagai satu-satu nya “Night Life & Beach Party” di Pulau Perhentian.
Suasana kemeriahan persembahan api di Longbeach.

                      Pada hari ke tiga pula kebiasaannya para pengunjung sudah bersiap sedia untuk meninggalkan Pulau Perhentian dan pulang menuju ke destinasi masing-masing. 

                            Pada pengunjung yang berhasrat untuk menambah hari percutian mereka dan ingin mencuba aktiviti-aktiviti lain yang ada seperti “scuba diving”, Perhentiankravers juga boleh mengaturkan mengikut kehendak pelanggan.
                             Perhentiankravers menyediakan 3 kali dalam sehari bagi perjalanan bot penumpang dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut. Waktu perjalanan bot penumpang adalah pada :
  • 1.       8.00 pagi
  • 2.       12.00 tengahari
  • 3         4.00 petang

                      Setibanya kembali di Jeti Kuala Besut, para pengunjung berkesempatan untuk membeli-belah barangan cenderamata yang dijual di sepanjang jeti. Bagi pengunjung yang pulang menaiki bas, Perhentiankravers menyediakan kawasan rehat atau “lounge” di ruang pejabat Perhentiankravers yang terletak berhampiran dengan jeti sementara menunggu ketibaan bas.


                       Secara keseluruhannya, Perhentiankravers menjanjikan sesuatu yang tidak dapat dilupakan oleh para pengunjung apabila bercuti di Pulau Perhentian iaitu pengalaman yang begitu menakjubkan. Rata-rata pengunjung memberikan maklum balas yang mengujakan seperti mereka tidak terbayang akan keindahan Pulau Perhentian menandingi mana-mana keindahan destinasi perlancongan di luar negara terutamanya negara kejiranan. 

                 Perhentiankravers menjanjikan “value for money” kepada para pengunjung yang disayangi. Musim bagi percutian di Pulau Perhentian bermula pada bulan Februari hingga Oktober dan selebihnya ditutup kerana angin monsoon yang melanda pulau setiap hujung tahun.

                      Oleh kerana operasi di Pulau Perhentian adalah terhad. Perhentiankravers menasihatkan kepada bakal pengunjung untuk membuat tempahan seawal mungkin bagi mengelakkan dari kekecewaan akibat dari bilik penginapan penuh.


Dah Habis terangkan semua.. so..??  ada terjentik tak perasaan teruja tu..??
OK... Kalau Berminat..  Boleh membuat tempahan  dengan menghubungi :

019-9100986 (Pejabat Perhentiankravers)

Emelkan tempahan anda ke :

Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai Perhentiankravers, sila ke laman facebook dan instagram : Perhentiankravers

~tamat~