Hello there and assalamualaikum...

Monday, June 5, 2017

Buffet Ramadhan di Philea Mines Beach Resort Seri Kembangan

Buffet Ramadhan di Philea Mines Beach Resort Seri Kembangan |  Bulan Ramadan tiba lagi, sudah tentu banyak hotel-hotel dan restoran yang menawarkan pelbagai pakej buffet ramadhan untuk bakal pelanggan yang datang untuk berbuka puasa  di hotel dan restoran mereka. Dalam banyak banyak pakej yang ada saya tertarik dengan pakej buffet ramadhan manalagi kalau bukan Philea Mines Beach Resort. (thumbs up..!!).

Dengan sentuhan kemelayuan dan rekabentuk restoran terbuka  oleh Abdul's and Charlie's restaurant memberikan ketenangan pada mereka yang datang untuk berbuka puasa disini lebih lebih lagi yang datang bersama orang yang tersayang.




Nampak tak apa yang saya nak sampaikan...??  Sementara menunggu masa berbuka ya laa kan seminit ibarat sejam rasanya..Nak tunggu masa berbuka puasa tu, Ya Allah lambatnyaa masa berjalan. Jadi sementara tu boleh la korang menikmati suasana Restaurant Beach In City ini. Chill and Relax.. Amacam apa pandangan korang ..?? 

Tadi cerita luar restoran..... Sekarang saya nak cerita apa yang ada di dalam restoran pula. Macam yang saya katakan, susun atur yang dibuat oleh Abdul and Charlie's Restaurant ini menitikan suasana kekeluargaan. Jadi, korang nak datang berempat atau lebih pun ok..!



Bertemakan 'Nostalgic Flavours' di bulan ramadan pelanggan boleh menikmati pelbagai juadah berbuka yang disediakan dengan gaya masakan tradisi melayu  bermula dari pembuka selera, ulam-ulaman dan salads, sup dan pelbagai jenis masakan hidangan utama juga pencuci mulut owhhyaa korang juga dapat melihat sendiri masakan tu dimasak depan mata..


Masa berbuka tinggal beberapa minit je lagi.. Kurma dan salad segar dah bersiap sedia untuk dijadikan pembuka selera berbuka puasa.

Sebelum nak menjamu menu utama restoran ini saya nak bagi tau korang ada pelbagai masakan resepi tradisi yang mesti di cuba bila datang berbuka disini antaranya Ikan Patin Masak Tempoyak, Gulai Ikan Masak Asam Pedas Johor, Gulai Tulang Rusuk Lembu Sup Tulang Rawan, Nasi Kempuli dan banyak lagi sebenarnya..dan menjadi pilihan saya adalah resepi lamb chacatore dan udang sambal. =) Nyummmeehhh..!!







Baiklah istimewanya restoran ini korang dapat nikmati pelbagai resepi asia  dimasak berasingan di sepuluh pondok gerai kecil yang ada dalam restoran ini antaranya whole lamb carving dengan nasi mandy, bubur lambuk, satay ayam, penang char kuey teow, pelbagai pilihan pasta dan makanan tempatan seperti pulut tanak dengan serawa durian, pisang goreng, keropok lekor dan pelbagai lagi. Jadi korang boleh buat pilihan sendiri nak makan apa untuk bebuka.. Nak panggang boleh. sup boleh.. nasi campur boleh.. Naik Satay boleh..

 Tak lupa pencuci mulut yang dihidang pun ada pelbagai  antaranya cheese kek, chocolate cake, puding, kuih tempatan pun ada..
Alhamdulillah.


Nostalgic Flavour Ramadhan buffet
29 May hingga 22 June 2017
RM 75 - Dewasa
RM40 - Kanak-Kanak ( 5-12tahun) dan Warga Emas (60 tahun dan keatas)
Surau Disediakan

Tel : 019-600-1558
Email : fnb.pm@phileahotel.com.my.

4 comments:

Social Profiles

Twitter Facebook

Thats Me..!!

Thats Me..!!

Tentang Tini.

Like seriously i take almost 2 hour to write what i want to tell you guys about me... A.K.A i even dont know how to describe about myself... Maybe You can know a bit of me in my writing. But Trust Me im a gooooood person but yeahh can be Baadddddd also.!
Powered by Blogger.

About Me

Search This Blog

Recent

About Us

Popular Posts

Random

Recent

About Us

Random

About Me

Sponsor

Popular Posts

Copyright © I am Tini | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com