Hello there and assalamualaikum...

Monday, June 5, 2017

Buffet Ramadhan di Philea Mines Beach Resort Seri Kembangan

Buffet Ramadhan di Philea Mines Beach Resort Seri Kembangan |  Bulan Ramadan tiba lagi, sudah tentu banyak hotel-hotel dan restoran yang menawarkan pelbagai pakej buffet ramadhan untuk bakal pelanggan yang datang untuk berbuka puasa  di hotel dan restoran mereka. Dalam banyak banyak pakej yang ada saya tertarik dengan pakej buffet ramadhan manalagi kalau bukan Philea Mines Beach Resort. (thumbs up..!!).

Dengan sentuhan kemelayuan dan rekabentuk restoran terbuka  oleh Abdul's and Charlie's restaurant memberikan ketenangan pada mereka yang datang untuk berbuka puasa disini lebih lebih lagi yang datang bersama orang yang tersayang.




Nampak tak apa yang saya nak sampaikan...??  Sementara menunggu masa berbuka ya laa kan seminit ibarat sejam rasanya..Nak tunggu masa berbuka puasa tu, Ya Allah lambatnyaa masa berjalan. Jadi sementara tu boleh la korang menikmati suasana Restaurant Beach In City ini. Chill and Relax.. Amacam apa pandangan korang ..?? 

Tadi cerita luar restoran..... Sekarang saya nak cerita apa yang ada di dalam restoran pula. Macam yang saya katakan, susun atur yang dibuat oleh Abdul and Charlie's Restaurant ini menitikan suasana kekeluargaan. Jadi, korang nak datang berempat atau lebih pun ok..!



Bertemakan 'Nostalgic Flavours' di bulan ramadan pelanggan boleh menikmati pelbagai juadah berbuka yang disediakan dengan gaya masakan tradisi melayu  bermula dari pembuka selera, ulam-ulaman dan salads, sup dan pelbagai jenis masakan hidangan utama juga pencuci mulut owhhyaa korang juga dapat melihat sendiri masakan tu dimasak depan mata..


Masa berbuka tinggal beberapa minit je lagi.. Kurma dan salad segar dah bersiap sedia untuk dijadikan pembuka selera berbuka puasa.

Sebelum nak menjamu menu utama restoran ini saya nak bagi tau korang ada pelbagai masakan resepi tradisi yang mesti di cuba bila datang berbuka disini antaranya Ikan Patin Masak Tempoyak, Gulai Ikan Masak Asam Pedas Johor, Gulai Tulang Rusuk Lembu Sup Tulang Rawan, Nasi Kempuli dan banyak lagi sebenarnya..dan menjadi pilihan saya adalah resepi lamb chacatore dan udang sambal. =) Nyummmeehhh..!!







Baiklah istimewanya restoran ini korang dapat nikmati pelbagai resepi asia  dimasak berasingan di sepuluh pondok gerai kecil yang ada dalam restoran ini antaranya whole lamb carving dengan nasi mandy, bubur lambuk, satay ayam, penang char kuey teow, pelbagai pilihan pasta dan makanan tempatan seperti pulut tanak dengan serawa durian, pisang goreng, keropok lekor dan pelbagai lagi. Jadi korang boleh buat pilihan sendiri nak makan apa untuk bebuka.. Nak panggang boleh. sup boleh.. nasi campur boleh.. Naik Satay boleh..

 Tak lupa pencuci mulut yang dihidang pun ada pelbagai  antaranya cheese kek, chocolate cake, puding, kuih tempatan pun ada..
Alhamdulillah.


Nostalgic Flavour Ramadhan buffet
29 May hingga 22 June 2017
RM 75 - Dewasa
RM40 - Kanak-Kanak ( 5-12tahun) dan Warga Emas (60 tahun dan keatas)
Surau Disediakan

Tel : 019-600-1558
Email : fnb.pm@phileahotel.com.my.
Read More

Friday, June 2, 2017

Destinasi Makan di Klang #Day2 ( Eat Travel Write 5.0 )


Pandu kereta berhati hati,
Luas pandangan juga pengalaman,
Perut lapar susahnya hati,
Mari berhenti mencari makan.. 

ok.. at least im trying..


Penat dari mencuci mata dan menimba ilmu di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz dan sekitar Klang (boleh klik untuk Lihat) kami dihidangkan pelbagai makanan Bufett yang di sediakan oleh pihak Hotel Aliya. 

Antara destinasi tempat makanan yang kami tuju adalah
1). Aliya Hotel Selera Coffee House A.K.A Hotel kami menginap.
2). Lontong Klang
3). Chong Kok Kopitiam
4). Claypot Asam Pedas Andak,
5). Warung Pak Din
6). Satay Famili

Jomm Sergah..! 

Sebelum bercerita tentang makan makan ni.. 
 Semalam saya mimpi indah.. Mak Aihhh,,  begitu la saya kalau di tempat baru dan selesa, tapi lena macam mana pun i am a morning person okay..  mehh jemput singgah intai bilik Aliya Hotel yang saya menginap selama 3 hari di Klang Selangor. 


Selamat Datang!! 
Mesra tau perkhidmatan yang dorang sediakan.. serius tak tipu.  Senyuman tak lekang di wajah, 



Suite Room for me..!! kunun.. 


Apa perasaan korang bangun pagi dapat pemandangan seperti ini.?
Sunrise.. !! Beruntung saya..  =)  


Sekali sekala saya acah acah minah Saleha, Sampai perang kulit. 
Selain Swimming Pool, banyak fasiliti yang korang boleh gunakan, contohnya sauna, lepak dan mini bar pun ada, Gymnasium dan sudah tentu ada wifi, laju kot.. 

Kalau nak ke sana Dari KTM komuter Klang ambik masa 17 -20 minit berjalan kaki, 
Baik naik guna teksi, uber atau grab 7 minit jak,, kos dalam 4 - 6 kot ( Tertakhluk pada terma dan syarat)


Berminat,.?? korang kunjung la website Aliya hotel ni ye..Klik je.
Aliya Hotel Klang. 


Baiklah.. Tiba masanya saya nak tunjuk antara makanan buffet yang disediakan oleh pihak Aliya Hotel Selera Coffee House.

Makanan yang disediakan adalah masakan orang melayu, 


Ulam Ulaman dan Sayur-Sayuran
Sayuran Pilihan Saya. =) yeahh Vege Lover. 


Kueh muih buah-buahan dan Manisan Pencuci Mulut,,,
Pudding dan buah naga juga buat penuh di pinggan.



       


Antara Menu Masakan Utama yang dihidangkan, Daging kambing dan ayam dalam pelbagai jenis masakan. 

Licin Pinggan.
Berminat.??

Hotel Aliya Klang
Lot 336, Seksyen 23, Jalan Meru, Kapar, 41000 Selangor
Tel: 01-3341 1313
Fax : 01-3341 1576

Alang -alang entrry ni dibuat di bulan ramadan 
nak bagi tau seperti biasa Hotel Aliya ada menyediakan  bufet ramadandan harga dia seperti dibawah:.
Dewasa -RM55.00
Kanak-kanak - RM35.00
Warga Emas - RM35.00

Email : Reservations@aliyahotel.com

Belum habis lagi,  tu cerita buffet di Hotel Aliya masa makan malam di Aliya Hotel.


Pukul 9 pagi bersiap siaga kami semua bukan mahu berperang tapi untuk mencari makan.
Destinasi pertama kami serbu adalah Lontong Klang.

Lontong Klang

Lontong Klang

Lotong Klang ini sudah beroperasi selama 47 tahun iaitu sejak tahun 1970 lagi  dan menjadi tumpuan orang ramai datang kesini untuk bersarapan pagi  Harga menu makanan yang ditetapkan juga murah dan berpatutan mana taknya harga murah makanan sedap dan banyak pula tu. Tidak jauh dari penginapan kami Aliya Hotel 

Antara Menu Makanan  Lontong Klang
Dah nama restoran pun Lontong Klang jadi menu utama dia pun semestinya Lontong seperti dalam gambar diatas, Ada Lontong Biasa, Lontong Sotong, Lontong Telur Goreng, Lontong Ayam dan yang akhir sekali lontong pilihan kami adalah Lontong Special. =) Kalau nak tambah bahan pun boleh juga, minta ja dengan pelayan, ok tu cas sikit ja.



Lontong Special

Serius saya katakan ini kali pertama saya makan lontong, Jadi order pun kena special la, Sekali pandang macam soto makassar tapi sebenarnya berbeza. Bukan Soto Makassar tapi Lontong okeyh,, Antara bahan utama adalah lontong, sotong, ayam, tempe, telur dan sedikit sayuran. Bagi yang minat makanan berlemak dan pedas boleh cuba lontong ni, 

Bagi yang berminat, Lontong Klang ini ada 3 cawangan yang terletak di daerah Klang, Shah Alam dan Bukit Tinggi. 

Daerah Klang
144, Emporium Makan, Jalan Pasar Klang, Klang
Buka : 7.00a.m - 11.00a.m

Daerah Shah Alam
No 20, jalan Zirkan E7/E, Seksyen 7, 40000 Shah Alam

Buka : 7.30a.m - 3.00 p.m



Daerah Bukit Tinggi

No.19-03 & 04, Jalan Remia 2/KS6, bandar Botanik, 41200, Klang
Buka : 7.45 a.m - 12.00p.m
Tel : +60 12-345 0677




Chong Kok Kopitiam.

I like the Coffee.! Mahu cerita pasal Chong Kok Kopitiam. yaah saya pilih kopinya. tidak hairanlah kalau kopitiam ini merupakan salah satu kopitiam yang terbaik di Klang. Mahu saja saya belajar buat kopi dengan dorang bagi bapa saya rasa. haha. Kopitiam ni Dijamin Halal.
Jemput Minum ya. 
Bukan itu saja ada menu lain yang menjadi tumpuan orang ramai ke sini salah satunya adalah Roti Goyang.
Menu Pilihan Kami. Telur Goyang, Cucur, Kopi dan Teh Ais.

 
Menu Makanan dan Minuman

Murah Bukan..??
Berdepan dengan KTM Komuter,

Chong Kok Kopitiam
Chong Kok Kopitiam, Klang Royal City Town
5, Jalan Stesen, Kawasan 1, 41000, Klang
Tel : 03-3371 0996

Selesai bersarapan pagi, kami mencari tempat untuk makan tengah hari. Perjalanan jauhlah katakan perut pun lapar.

Claypot Asam Pedas Andak
Destinasi kami untuk menghilangkan rasa perut yang lapar aauumm..!
 Sesuai dengan tekak saya yang suka makan makanan pedas, bagi saya lagi pedas lagi sedap.
 Tapi Claypot Asam Pedas Andak ni tak boleh lah nak pedas sangat tu kena masak sendiri di rumah tak pun minta dorang bagi extra Pedas.. OK tu.. Tapi tak semua menu masakan dia semua pedas-pedas ada juga yang tak pedas. ya laa.. tekak lain lain. 


Juadah Makan Tengah Hari,


Credit  = @hasifhamsari
(IG)

   Kalau saya... saya suka Nasi Goreng Tumbuk, Tauhu Panggang, dan Roti Canai Milo ( tapi saya suka makan begitu sahaja. tak cicah apa apa pon.)  Sedap.! 

 Serius murah..!!

Berminat.?
Claypot Asam Pedas Andak
Jalan Raksa, Bukit Kuda, 41300 Klang, Selangor, Malaysia
Buka : 12.00p.m - 2.00 a.m

Tel : 03-3344 4192

Warung Pak Din
Kami berhenti seketika ke Warung Pak Din untuk menikmati sajian minum petang.
Pelbagai pilihan kuih muih yang boleh dipilih sebagai sajian minum petang bukan itu saja makan berat seperti mee kari, mee laksa dan makanan berlauk pun ada. Beliau ( Pak Din) cukup dikenali ramai oleh para pelanggannya yang datang berkunjung iaitu seorang yang peramah.



Pak Din Melayan Pelanggan.

Sempat team kami bermain kuiz dalam warung tu bertujuan mengenal jenis-jenis kuih tempatan yang di saji oleh Warung Pak Din ini dan yahh.. Pak Din yang duduk sebelah saya masa itu membantu saya menjawap soalan kuiz.. wakakaka.. Sayangnya tak menang juga.. =(

Kuih Yang Menjadi di Warung Pak Din ni adalah karipap ayam cheese dia.

Karipap Ayam

ABC Tembikai  Sedap Makan Time Cuaca Panas.









 Nak jadikan inspirasi bagi sesiapa yang baru berjnak jinak dalam bidang perniagaan makanan, dulunya Pak Din hanya berjualan beberapa jenis kuih sahaja, namun siapa sangka berkat usaha gigih, doa, kebijaksaan dan sikap Pak Din yang rajin dan tak berputus asa dalam mencapai apa yang dikehendakinya tiada apa yang dapat menghalang Pak Din untuk maju walau sudah pelbagai rintangan yang dihadapinya.
Alhamdulillah.

Harga yang ditetapkan juga berpatutan dengan mutu rasa setiap hidangan yang Warung Pak Din Jual. alaa.. sebiji 50sen je.. karipap ayam cheese tu RM 2.00 sebiji.
Kalau tak percaya boleh datang berkunjung ke: 

Warung Pak Din

Jalan Ladang, Taman Palm Grove, 41200 Klang, Selangor, Malaysia
Buka : 12.00 p.m - 6.00 p.m
Tel : +60 13-281 1788

Tanjung Harapan
Seusai makan tengah hari di sana kami di bawa ke Tanjung Harapan menikmati keindahan alam di tepi laut dan matahari terbenam. 

Jangan Kacau ( Sedang Melayan Perasaan)


Satay Famili


Senja dah kunjung,

Malam pun tiba,
Jangan lah murung,
jomm ke Satay Familia.

Fuhhhhhh makan saja lah.. Di Satay Famili yang terletak betul betul tepi sudut bangunan
Jalan Meranti Putih 1/KU10, 41050 Klang 
Kami dihidangkan dengan semua jenis satay yang ada iaitu satay ayam, satay daging, satay kambing dan satay perut berserta kuah satay kacang dengan lontong aaummm..! Lepas tu dihidangkan pula makanan sampingan seperti nasi lemak, otak-otak dan mee sizzling.


Selamat Menjamu Selera... 



Jalan Meranti Putih 1/KU10, 41050 Klang 

Alhamdulillah. Lepas tu apa lagi.. balik hotel buncitkan perut.. lagiiii...

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook

Thats Me..!!

Thats Me..!!

Tentang Tini.

Like seriously i take almost 2 hour to write what i want to tell you guys about me... A.K.A i even dont know how to describe about myself... Maybe You can know a bit of me in my writing. But Trust Me im a gooooood person but yeahh can be Baadddddd also.!
Powered by Blogger.

About Me

Search This Blog

Popular Posts

Copyright © I am Tini | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com